Kenali Kami

Tuesday, September 15, 2015

Anugerah Kecemerlangan Lonjakan Saujana 2015

Tahun ini pihak Ansara Serting telah melangkah setapak lagi dengan menganjurkan Program Anugerah Kecemerlangan Lonjakan Saujana 2015.

Objektif program ini adalah meraikan pelajar tingkatan lima (5) yang telah menunjukkan prestasi pelajaran yang signifikan. Pelajar yang terpilih menerima ganjaran bagi program ini adalah pelajar yang telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam PNGK mereka.

Ansara Serting telah menetapkan sepuluh (10) pelajar agar diberi ganjaran atas lonjakan akademik mereka ini.

Sebagai ganjaran lonjakan akademik mereka ini, Ansara Serting telah menganjurkan satu seisi makan malam bersama sepuluh (10) orang pelajar ini di Royale Bintang Resort & Spa Seremban bagi meraikan mereka. Program ini telah dijalankan pada 12 September 2015.

Majlis makan malam ini telah dihadiri oleh Pengetua Cemerlang MRSM Serting Tn Hj Noor Hassan B Hussain dan beberapa orang guru dari MRSM Serting yang mengiringi yakni Pemangku Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik, Pn Noraisah Mustafar, Penyeleras Program Gemilang SPM, Ck Zurayani Zakaria dan juga Guru Kanan Fizik, Pn Mazurah Muhammad.

Program ini telah diketuai oleh En Zulkifli Arshad sebagai Pengarah Program.

Dari Kiri ke kanan : Pemangku Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik dan Penyelaras Program Gemilang 2015








Monday, September 14, 2015

Mock Inter MRSM Serting 2015

Ansara Serting sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi pelaksana untuk aktiviti mock interview yang diadakan di maktab pada 12 September 2015.

Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tingkatan lima (5) suasana ketika ditemuduga dan juga halatuju mereka selepas tamat SPM.

Cik Noratika Nazir telah diberikan amanah untuk menjadi Pengarah bagi program kali ini. Sebelum seisi pada 12 September 2015 diadakan, Cik Noratika telah mengadakan sebuah bengkel untuk pelajar berkaitan dengan kaedah menulis resume yang berkesan. Bengkel ini telah diadakan pada 5 September 2015.    

Temuduga dijalankan dengan dibahagikan kepada empat belas (14) pusat. Setiap pusat akan mempunyai dua (2) panel atau satu (1) panel.

Semasa seisi temuduga, para panel akan melihat aspek komunikasi, pengetahuan am dan juga kemahiran insaniah pelajar. Panel juga akan melihat pelan pengajian mereka bagi mencapai cita-cita pelajar dengan cara melihat Study Template yang diisi oleh pelajar.

Selesai seisi temuduga, para panel berkumpul kembali bersama pelajar mengikut pusat-pusat mereka dan panel akan mengulas kembali prestasi pelajar semasa temuduga.

Ucapan terima kasih diucapkan buat barisan panelis yang telah meluangkan masa dan tenaga untuk memastikan program ini berjalan lancar. Moga kerja-kerja amal yang dilaksanakan oleh para panelis ini diterima sebagai satu amal soleh.


























Saturday, August 8, 2015

Hari Kerjaya MRSM Serting 2015

Alhamdulillah, pihak Ansara Serting telah dijemput sekali lagi pada tahun ini bagi mengisi slot bagi Hari Kerjaya MRSM Serting 2015.

Slot Hari Kerjaya 2015 tahun ini telah diisi oleh Ansara Serting pada 8 Ogos 2015. Tahun ini Pn Merliya Malik telah dilantik untuk menjadi Pengarah Program ini.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan mahupun gambaran awal kepada pelajar maktab tentang pilihan kerjaya yang dipilih oleh mereka.

Seramai kira-kira dua puluh (20) orang bekas pelajar telah turut serta dalam program kali ini.

Untuk program kali ini, pihak Ansara Serting telah menyusun beberapa kelas yang mana setiap kelas ini mewakili satu profesion. Wakil Ansara diletakkan di setiap kelas yang bersesuaian dengan profesion mereka. Wakil Ansara ini akan membentangkan dan berkongsi pengalaman berkaitan dengan kerjaya mereka ini kepada pelajar.

Alhamdulillah, program ini mendapat maklum balas yang positif daripada pihak maktab dan berharap di masa hadapan program seperti ini dapat diteruskan.

Dibawah ini adalah gambar-gambar semasa program ini dijalankan.