Kenali Kami

Friday, February 20, 2015

Lawatan ke Kediaman Adik Qairil

Pada 17 Februari 2015, tiga (3) wakil Ansara Serting bersama beberapa orang guru MRSM Serting telah mengadakan lawatan ke kediaman adik Qairil untuk meninjau keadaan semasa adik Qairil.

Kes adik Qairil telah mendapat liputan muka depan akhbar Harian Metro pada minggu terdahulu kerana keadaan kesihatan mata adik Qairil yang semakin meruncing.

Di dalam laporah Harian Metro tersebut, kesihatan mata adik Qairil didapati semakin merosot selepas mengambil ubat yang diberikan oleh doktor di Hospital Kuala Pilah.

Di dalam lawatan ini, pihak Ansara Serting telah menghulurkan sedikit bantuan kewangan dan yang lebih penting adalah bantuan motivasi agar adik Qairil tidak kecewa dengan ujian yang dialaminya.

Wakil Ansara Serting yang turut serta dalam lawatan ini adalah En Zulkifli Arshad, En Fauzi Ahmad Marzuki dan En Kamarool Hasnooh.


Ansara Serting di masa hadapan akan terus menghubungi adik Qairil untuk memberi sokongan moral dan nasihat hala tuju selepas ini. 


En Zulkifli, En Fauzi dan En Kamalrool bersama adik Qairil.

MAJLIS MAKAN MALAM ANSARA SERTING 2015

Objektif : Merapatkan ukhuwah dan menarik bekas pelajar untuk menyertai Ansara Serting.

Alhamdulillah pada 7 Februari 2015 pihak Ansara Serting telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Ansara Serting 2015.  Tema yang dipilih pada malam itu adalah MRSM Serting dalam Ingatan.

Majlis telah diadakan di Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU), Pangkalan TUDM Subang. Pada majlis ini, kehadiran guru dan bekas guru MRSM Serting adalah satu yang ditunggu-tunggu oleh bekas pelajar.

Seramai 13 guru dan bekas guru yang hadir dan 103 bekas pelajar daripada pelbagai Batch telah hadir pada majlis ini.

Kehadiran guru-guru merupakan suatu yang dinantikan oleh bekas pelajar. Peluang bertemu setelah sekian lama tidak bertemu digunakan sebaiknya oleh bekas pelajar dan juga guru-guru untuk bertanya khabar dan juga melepaskan rindu pada guru.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr Fatanah yang merupakan Pengetua MRSM Serting daripada 1997 sehingga 2000.

Gambar-gambar majlis boleh dilihat dengan melayari link dibawah;

Senarai 13 guru yang hadir adalah seperti dibawah;

1. Dr Fatanah. 
2. Cikgu Suhairi 
3. Cikgu Hamidah 
4. Cikgu Normah 
5. Cikgu Hanif 
6. Cikgu Zazali 
7. Cikgu Hafizah
8. Cikgu Siti Khadijah
9. Cikgu Norizan
10. Cikgu Faridah
11. Cikgu Noor Hassan (Pengetua kini)
12. Cikgu Suzita
13. Ustazah Hashimah
14. Cikgu Shima 

Majlis seperti ini wajar terus dianjurkan pada masa hadapan bagi merapatkan ukhuwah sesame bekas pelajar dan guru-guru.  



AJK Majlis Makan Malam 2015
Class of 1995
Class of 1996
Class of 1997
Class of 1998
AJK Majlis Makan Malam 2015