Kenali Kami

Thursday, June 18, 2015

Ibu Pengetua kembali bertemu Pencipta.

Innalillahi wainna ilaihirajiun ….
Allahumaghfirlaha warham ha waafihi wa’fuanha …

Setiap yang bernyawa kan menemui Penciptanya.
Pada 08 Jun 2015, warga Ansara Serting dikejutkan dengan berita kembalinya bonda Tn Pengetua sekarang, Tn Hj Noor Hassan.
Arwah dikebumikan di Perkuburan Bukit Kiara.

Wakil Ansara yang menziarahi keluarga beliau adalah Ir Rozaimi Shamsudin dan En Mohd Faizul Irwan Mohd Razali.

Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.  

Monday, June 8, 2015

Program Mentor Mentee bersama Ansara Serting

Program ini telah dilancarkan secara rasminya pada 30 Mei 2015 semasa Minggu Studython bagi pelajar Tingkatan 5 yang lalu. Program ini adalah satu pogram berterusan bagi pelajar tingkatan 5 sepanjang tahun 2015.

Antara objektif program ini adalah

  • Membimbing pelajar dlm mengejar cita-cita. 
  • Bimbingan berunsur motivasi, galakan, berkongsi pengalaman dari zaman MRSM, matrikulasi / persediaan, university  sehingga alam pekerjaan.
  • Mentor sedia mendengar permasalahan & memberi pandangan yg positif.
  • Untuk program bersama Ansara ini, ianya tidak melibatkan penglibatan dalam bidang akademik. Akademik akan diuruskan oleh guru di maktab.

Kaedah perlaksanaan program adalah seperti berikut;

  • Setiap homeroom akan diberi seorang mentor atau dua (2) orang mentor.
  • Mentor ini pada dasarnya berperanan bersama guru homeroom dalam menjadi sumber rujukan daripada aspek bukan akademik kepada pelajar.
  • Semasa seisi pelancaran Mentor akan dipertemukan dengan Mentee.  
  • Mentor perlulah merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Mentee sekerap yang mungkin. 
  • Medium komunikasi sesama mentor adalah menggunakan applikasi Whatapps. 
  • Setiap pertemuan dengan pelajar perlulah dimaklumkan ke dalam applikasi Whatapps sebagai rekod dan seterusnya jika perlu PIC akan melaporkan kepada pihak Maktab.
  • Pendekatan yang boleh digunakan bersama pelajar (ini adalah panduan, pendekatan lain yang sesuai boleh digunakan jika mentor mempunyai pengalaman dan latihan) 
    • (Analyse) Kenalpasti peribadi/academic background/ ambition pelajar homeroom.
    • (Plan) Kenalpasti halangan & langkah yg perlu diambil utk mencapai cita-cita.
    • (Monitor) Pantau perkembangan academic pelajar via input from cikgu homeroom
    • (Assess) Menilai prestasi pelajar & keberkesanan program dengan membandingkan keputusan peperiksaan pelajar. 

Siapakah Mentor dan apakah peranan mentor

  • Mentor hakiki pelajar adalah Guru Penasihat Homeroom. 
  • Mentor bagi program ini akan dilantik daripada kalangan bekas pelajar MRSM Serting. 
  • Satu (1) atau dua (2) orang mentor akan dilantik  bagi setiap homeroom. 
  • Mentor daripada Ansara Serting ini berperanan untuk membantu guru homeroom.
  • Mentor berperanan untuk; 
    • Berkongsi pengalaman.
    • Memotivasi pelajar 
    • Menjadi pendengar yang setia buat pelajar 
    • Menjadi penyelesai masalah dengan memberi khidmat nasihat kepada pelajar. 

Antara barisan Mentor yang hadir semasa program tersebut.
Siapakah Mentee dan apakah peranan mentee 

  • Mentee terdiri pelajar Tingkatan 5 MRSM Serting.
  • Mentee akan dibahagi berdasarkan homeroom. 
  • Peranan Mentee
    • Bertanya soalan berkaitan kerjaya, pengalaman kerja, pengalaman belajar dan sebagainya. 
    • Memberi tumpuan kepada pengisian yang diberikan oleh Mentor dalam setiap pertemuan. 
    • Memberi kerjasama dengan mentor akan program yang telah dirancangkan. 




Antara cadangan aktiviti.
Program ini adalah program sepanjang tahun, oleh yang demikian mentor perlu kreatif dalam menjalankan program bersama mentee.

Antara perkara yang boleh dibuat bersama diantara mentor dan mentee bagi meningkatkan rasa kebersamaan dan memperkukuhkan ikatan adalah seperti
a. Menonton video bersama – pilih video2 yang sesuai.
b. Keluar outing bersama
c. Aktiviti Barbeku bersama.
d. Aktiviti riadah bersama.
e. Perkongsian pengalaman

Moga dengan terlaksananya program ini dapat meningkatkan semangat pelajar untuk berusaha dan setrusnya berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan SPM 2015.

Bagi pihak Ansara Serting pula diharapkan dengan terlaksananya program dapat mengukuhkan hubungan antara Ansara Serting dan Maktab.

Dan bagi sukarelawan-sukarelawan Ansara Serting yang berusaha menjayakan program ini moga usaha-usaha ini diterima sebagai satu amalan soleh oleh Allah dan bermanfaat untuk semua yang terlibat.







Wednesday, June 3, 2015

Mesyuarat Agong Tahunan 2015 (MAT2015) Ansara Serting

Mesyuarat Agong Tahunan 2015 (MAT2015) Ansara Serting telah diadakan pada 24 Mei 2015 bertempat di Perantau Hill, Sg. Merab Bangi.

MAT2015 dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Achmad Ariady dan seterusnya diiukuti dengan ucapan Tn Presiden.

Selesai ucapan Tuan Presiden, Pn Addiwiyah Noor meneruskan agenda dengan membentangkan laporan aktiviti bagi tahun 2014sehingga 2015.

Selesai pembentangan aktiviti Ansara Serting 2014-2015, pembentangan penyata kira-kira Ansara Serting 2014-2015 dibentangkan oleh En Zulkifli Arshad.

Pada mesyuarat kali ini, pembubaran Ahli Jawatankuasa (AJK) 2013-2015 telah dibubarkan dan seterusnya perlantikan AJK 2015-2017 telah diadakan di dalam meyuarat ini.

AJK Tertinggi 2015-2017 yang dilantik adalah seperti senarai dibawah;

Presiden : Ir Rozaimi Shamsudin (SPM 1995)
Naib Presiden : En Mohd Dziehan Mustapha (SPM 1997)
Setiausaha 1 : En Mohd Faizul Irwan Mohd Razali (SPM 1995)
Setiausaha 2 : Pn Addiwiyah Noor Abdul Rashid (SPM 1995)
Bendahari : En Zulkifli Arshad (SPM 1995)

AJK Tertinggi ini akan dibantu oleh satu jawatankuasa lengkap yang akan dibentuk kelak. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa AJK yang telah dilantik pada MAT2015 seperti senarai dibawah;

1. Pn Merlia Malik (SPM 1998)
2. Pn Hanani (SPM 1997)
3. En Ahmad Akmal (SPM 2004)
4. En Wan Yusri Wan Rawi (SPM 1995)

AJK-AJK lain akan dilantik dalam masa terdekat.

Diharap dengan perlantikan baru ini, kepimpinan Ansara Serting bersama-sama dengan ahlinya akan terus mengorak langkah dalam menyumbang kepada masyarakat, maktab dan juga ahlinya.

Pn Merlia Malik mempengerusikan majlis.

En Achmad membacakan doa. 

Pasangan adik beradik yang pernah menuntut di MRSM Serting

En Zulkifli Arshad membentangkan Penyata Kira-kira

Dari kiri : En Ahmad Akmal (SPM 2004) dan En Zakri (SPM 1998)

Antara warga Ansara Serting yang hadir pada MAT2015.