Kem Sains MRSM Serting 2015 telah diadakan pada 8 Mei 2015
sehingga 10 Mei 2015 bertempat di Golden Straits Villa Beach Resort, Port
Dickson. Seramai kira-kira 70 orang
pelajar telah terpilih untuk menyertai kem ini.
Ansara Serting telah diberikan dua (2) slot untuk diisi pada
program ini. Slot pertama adalah pada 8 Mei 2015 selepas solat Asar, manakala
slot kedua pada 9 Mei 2015 selepas waktu Isya’.
Slot pertama diisi dengan program Visualization In Participatory
Program (VIPP) yang telah dikemudi oleh Tn Hj Dziehan Mustpha dan dibantu oleh
En Khuzaifah dan Pn Hanani.
Program ini dibina bagi mencungkil minat pelajar dan juga
kelemahan-kelemahan pelajar. Kelemahan-kelemahan yang dicungkil ini pula
diberikan kaedah penyelesaiannya.
Pelajar-pelajar didapati telah memberikan kerjasama yang
baik dalam menjalankan program ini.
Slot kedua yang diisi oleh Ansara Serting adalah seisi
perkongsian pengalaman dari zaman persekolahan sehingga zaman pekerjaan. Slot
ini bermula pada jam 9:00 malam dan berakhir kira-kira jam 11:00 malam.
Slot ini dijalankan berbentuk forum. Forum yang diadakan
lebih banyak kepada seisi soal jawab. Slot ini dikemudi oleh En Mohd Faizul Irwan B Mohd
Razali (MFI) yang juga salah seorang yang berkongsi pengalaman. MFI merupakan
pelajar SPM 1995 dan kini bertugas sebagai seorang jurutera di Cyberjaya.
Panelis kedua ialah En Mohd Dziehan Mustpha, yang merupakan
pelajar SPM 1997 dan kini merupakan Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Manakala panelis yang ketiga adalah Pn Hazratul Mumtaz
Lahuri yang merupakan seorang Penyelidik Kanan di Petronas Research Sdn Bhd.
Ketiga-tiga panelis banyak meluangkan masa menjawab
persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh pelajar. Diharap dengan adanya seisi
ini pelajar dapat sedikit sebanyak merasai pengalaman yang telah dilalui oleh
ketiga-tiga panelis ini.
![]() |
| Dari kiri : En Mohd Faizul Irwan bersama anak beliau dan juga En Mohd Dziehan. |
![]() |
| Pn Hazratul Mumtaz sedang berkongsi pengalaman. |
Diharapkan kerjasama seperti ini di antara MRSM Serting dan Ansara Serting dapat diteruskan di masa hadapan.









No comments:
Post a Comment