Seramai 69 pelajar MRSM Serting telah menerima duit raya tersebut yang disampaikan oleh saya sendiri sewaktu Majlis Khatam AlQuran, Majlis berbuka puasa Perdana dan Majlis penutup Ihyak Ramadhan 1436H MRSM Serting semalam.
Ansara Serting telah menghantar 7 orang wakil untuk majlis ini En. Mohd Dziehan Mustapa, En Ahmad Akmal Abdull Wahid, En. Remi Asmuni, En. Rosli Shaari, Pn Merlia Malik, Pn. Addiwiyah Noor dan saya sendiri.
Jumlah kutipan sehingga 07hb Julai 2015 mencecah RM11,680.00 berbanding RM6,810.00 pada Ramadhan 1435H yang lepas.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua para dermawan yang bukan sahaja terdiri dari bekas-bekas pelajar MRSM Serting yang beragama Islam malah sumbangan juga kami terima daripada mereka yang bukan beragama Islam. Insya Allah kita akan sama-sama meneruskan tradisi ini di tahun-tahun akan datang.
Secara amnya, setiap pelajar telah membawa duit raya sebanyak RM160/seorang sumbangan dari Ansara Serting. Lebihan yang diterima akan diketahui pada hujung bulan nanti (menunggu acc statement) dan ianya akan diserahkan pada tabung pembangunan maktab dan surau.
Saya juga menyerahkan sumbangan yang sama kepada Adik Qairil dari batch SPM 2012 yang hadir bersama beberapa orang rakan batchnya pada malam tersebut. Masih ingat adik Qairil kan? Kami bersama2 guru dan kakitangan maktab pernah melawat beliau pada bulan Feb 2015 tempohari setelah berita mengenai beliau viral di akhbar2 dan media sosial kerana masalah penglihatan yang dialami secara tiba2. Sila klik link untuk membaca Lawatan ke Kediaman adik Qairil.
Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak MRSM Serting dan YDP Muafakat (Dato' Shahrulnizam bin Yunos) atas layanan baik yang telah diberikan. Semoga di masa akan datang kita dapat terus bekerjasama dengan lebih erat lagi dalam aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar MRSM Serting dan maktab umumnya.
Terima Kasih,
Zulkifli Arshad
Bendahari Ansara Serting
Gambar semasa Program berlangsung.
![]() |
| Acara Khatam Al-Quran |
![]() |
| YDP Muafakat, Dato' Shahrulnizam bin Yunos |
![]() |
| YDP Muafakat dan En Zulkifli mengambil peluang berbincang sebelum majlis bermula. |
![]() |
| En Zulkifli menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar. |
![]() |
| Wakil muslimat Ansara Serting, dari kanan Pn Merlia Malik dan Pn Addiwiyah Noor. |
![]() |
| En Zulkifli menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar. |
![]() |
| Pengetua dan Tmbalan Pengetua bersama sebahagian ahli Ansara Serting yang hadir. |










