Pada 17 Februari 2015, tiga (3) wakil Ansara Serting bersama
beberapa orang guru MRSM Serting telah mengadakan lawatan ke kediaman adik
Qairil untuk meninjau keadaan semasa adik Qairil.
Kes adik Qairil telah mendapat liputan muka depan akhbar
Harian Metro pada minggu terdahulu kerana keadaan kesihatan mata adik Qairil
yang semakin meruncing.
Di dalam laporah Harian Metro tersebut, kesihatan mata adik
Qairil didapati semakin merosot selepas mengambil ubat yang diberikan oleh doktor
di Hospital Kuala Pilah.
Di dalam lawatan ini, pihak Ansara Serting telah
menghulurkan sedikit bantuan kewangan dan yang lebih penting adalah bantuan
motivasi agar adik Qairil tidak kecewa dengan ujian yang dialaminya.
Wakil Ansara Serting yang turut serta dalam lawatan ini
adalah En Zulkifli Arshad, En Fauzi Ahmad Marzuki dan En Kamarool Hasnooh.
Ansara Serting di masa hadapan akan terus menghubungi adik
Qairil untuk memberi sokongan moral dan nasihat hala tuju selepas ini.
![]() |
| En Zulkifli, En Fauzi dan En Kamalrool bersama adik Qairil. |



No comments:
Post a Comment