Objektif : Merapatkan ukhuwah dan
menarik bekas pelajar untuk menyertai Ansara Serting.
Alhamdulillah pada 7 Februari
2015 pihak Ansara Serting telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Ansara
Serting 2015. Tema yang dipilih pada
malam itu adalah MRSM Serting dalam Ingatan.
Majlis telah diadakan di Kelab
Rekreasi Tentera Udara (KRTU), Pangkalan TUDM Subang. Pada majlis ini,
kehadiran guru dan bekas guru MRSM Serting adalah satu yang ditunggu-tunggu
oleh bekas pelajar.
Seramai 13 guru dan bekas guru
yang hadir dan 103 bekas pelajar daripada pelbagai Batch telah hadir pada majlis ini.
Kehadiran guru-guru merupakan
suatu yang dinantikan oleh bekas pelajar. Peluang bertemu setelah sekian lama
tidak bertemu digunakan sebaiknya oleh bekas pelajar dan juga guru-guru untuk
bertanya khabar dan juga melepaskan rindu pada guru.
Majlis ini telah dirasmikan oleh
Dr Fatanah yang merupakan Pengetua MRSM Serting daripada 1997 sehingga 2000.
Gambar-gambar majlis boleh
dilihat dengan melayari link dibawah;
Senarai 13 guru yang hadir adalah seperti dibawah;
6. Cikgu Zazali
7. Cikgu Hafizah
8. Cikgu Siti Khadijah
9. Cikgu Norizan
10. Cikgu Faridah
11. Cikgu Noor Hassan (Pengetua kini)
12. Cikgu Suzita
13. Ustazah Hashimah
14. Cikgu Shima
8. Cikgu Siti Khadijah
9. Cikgu Norizan
10. Cikgu Faridah
11. Cikgu Noor Hassan (Pengetua kini)
12. Cikgu Suzita
13. Ustazah Hashimah
14. Cikgu Shima
Majlis seperti ini wajar terus
dianjurkan pada masa hadapan bagi merapatkan ukhuwah sesame bekas pelajar dan
guru-guru.








No comments:
Post a Comment